[17 May 2012 | No Comment | 28 views]
Hadiah Guru

24,053 pendidik naik pangkat bulan depan
KUALA KANGSAR: Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, kerajaan memberi hadiah istimewa kepada 24,053 guru lagi apabila mereka dinaikkan pangkat selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini.
Kenaikan pangkat bagi mengiktiraf sumbangan mereka mendidik anak bangsa itu, membabitkan 8,222 guru lepasan siswazah dan 15,831 lepasan diploma.
Guru siswazah menikmati kenaikan ke gred DG44 hingga DG54, manakala guru bukan siswazah dari GDA32 hingga DGA38.
Selain itu, 3,085 pengetua dan penolong kanan yang memenuhi syarat, menikmati kenaikan pangkat secara berperingkat berkuat kuasa tarikh yang sama. Mereka terdiri daripada 430 Pengetua yang akan dinaikkan dari gred DG48 kepada DG52 dan 2,655 Penolong Kanan dari DG44 kepada DG48.
Berita gembira itu diumumkan …

Share
Read the full story »

Headlines »

[17 May 2012 | No Comment | 28 views]
Hadiah Guru

24,053 pendidik naik pangkat bulan depan
KUALA KANGSAR: Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, kerajaan memberi hadiah istimewa kepada 24,053 guru lagi apabila mereka dinaikkan pangkat selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini.
Kenaikan pangkat bagi mengiktiraf sumbangan mereka mendidik anak bangsa itu, membabitkan 8,222 guru lepasan siswazah dan 15,831 lepasan diploma.
Guru siswazah menikmati kenaikan ke gred DG44 hingga DG54, manakala guru bukan siswazah dari GDA32 hingga DGA38.
Selain itu, 3,085 pengetua dan penolong kanan yang memenuhi syarat, menikmati kenaikan pangkat secara berperingkat berkuat kuasa tarikh yang sama. Mereka terdiri daripada 430 Pengetua yang akan dinaikkan dari gred DG48 kepada DG52 dan 2,655 Penolong Kanan dari DG44 kepada DG48.
Berita gembira itu diumumkan …

Share

Headlines »

[16 May 2012 | No Comment | 46 views]
FGVH Teroka Dunia

LONDON: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) semalam, memeterai dua perjanjian dengan dua syarikat terkemuka antarabangsa bagi membolehkan sayap komersial FELDA itu muncul peserta komoditi terbesar dan disegani dunia.
Perjanjian pertama membabitkan usaha sama strategik dengan Louis Dreyfus Commodities Asia Pte Ltd (LDCA) manakala yang kedua memorandum persefahaman (MoU) dengan Vitol S A. bagi kerjasama dalam bidang bekalan, dagangan antarabangsa, pemasaran, operasi logistik dan pengurusan risiko mengenai pelbagai komoditi termasuk minyak dan lelemak.
Dua perjanjian berkenaan bertujuan melantik dua syarikat asing itu sebagai rakan niaga strategik FGVH sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia, akhir Jun ini.
Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Presiden dan Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri …

Share

Headlines »

[15 May 2012 | No Comment | 55 views]
Najib Ajak Perantau Berbakti

LONDON: Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara walaupun berada jauh dari tanah air.
Perdana Menteri berkata, sumbangan itu boleh dibuat sama ada pulang ke Malaysia atau berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan institusi kebangsaan dari pangkalan mereka di Britain.

“Malaysia masih mempunyai ruang untuk rakyat kita yang menetap di luar negara, tidak kira siapa mereka dan walau apa cara sekali pun mereka mahu menyumbang. Setiap orang ada peranan masing-masing, setiap orang ada peranan untuk melakukan perubahan dan setiap orang boleh maju serta makmur.

“Sebagai negara muda, perjalanan kita ke masa depan pasti amat menyeronokkan. Jadi, saya menggesa rakyat kita sentiasa berhubung …

Share

Headlines »

[11 May 2012 | No Comment | 84 views]
RM5.2b Perbaiki Mutu Hidup Rakyat Luar Bandar

KERAJAAN memperuntukkan RM5.2 bilion bagi kemudahan prasarana, bekalan air bersih serta kemudahan rumah yang lebih selesa untuk penduduk luar bandar di seluruh negara yang akan dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, peruntukan itu juga bertujuan memperbaiki mutu jalan di luar bandar untuk dinaik taraf serta menyediakan rumah yang lebih selesa kepada golongan miskin dan miskin tegar.
“Ia lebih kepada komitmen kerajaan untuk memastikan penduduk luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak menikmati kemudahan asas yang sempurna seperti di bandar,” ujarnya.
Mohd Shafie berkata, bekalan air bersih dan elektrik 24 jam itu membabitkan lebih 200,000 rumah dan hampir 40,000 lagi di luar bandar di …

Share

Exclusive »

[10 May 2012 | No Comment | 95 views]
Kementerian Pelajaran Kaji Cadangan Bekal Komputer Riba Untuk Pelajar Luar Bandar

KUALA LUMPUR 8 Mei – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji kesesuaian cadangan untuk membekalkan sebuah komputer riba kepada setiap pelajar di luar bandar.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, bagaimanapun antara aspek yang perlu diambil kira terlebih dahulu termasuklah kos, faktor keselamatan serta pengisian aktiviti dalam memastikan peralatan itu memberi manfaat kepada pelajar.
“Kementerian Pelajaran sememangnya peka dan prihatin bahawa pelajaran menggunakan teknologi maklumat merupakan salah satu cara efektif dalam membentuk modal insan berkemahiran.
“Ini dapat dilihat melalui usaha membekalkan komputer kepada pelajar luar bandar oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan Program Netbook 1Malaysia,” katanya di Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Senator Lihan Jok yang meminta kementerian itu menyatakan …

Share

Headlines »

[10 May 2012 | No Comment | 103 views]
4 juta Pesakit Dirawat Di Klinik 1Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Mei – Penubuhan Klinik 1Malaysia mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan jumlah kehadiran lebih empat juta pesakit yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat sehingga 8 April lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, jumlah pesakit yang hadir mendapatkan perkhidmatan di situ pada tahun lalu adalah seramai 1.98 juta orang berbanding 1.32 juta pada tahun 2010.
Menurutnya, klinik-klinik tersebut telah pun dibina dengan tumpuan di kawasan-kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi.
”Kini terdapat 100 Klinik 1Malaysia di seluruh negara yang menyasarkan untuk memberi perkhidmatan khususnya kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Senator S. Bagiam Ayem Perumal mengenai bilangan Klinik 1Malaysia …

Share

Headlines »

[9 May 2012 | No Comment | 138 views]
112,000 Warga Peneroka FELDA Terima Durian Runtuh

RM15,000 Setiap Keluarga
Jerantut 8 Mei 2012 – Kira-kira 112,000 warga peneroka FELDA hari ini mendapat khabar gembira yang membolehkan mereka tersenyum lebar apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian durian runtuh sebanyak RM 15,000 untuk setiap keluarga melibatkan jumlah keseluruhan RM 1.689 bilion.
Perdana Menteri berkata, pemberian durian runtuh itu melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama, setiap keluarga akan menerima RM 5,000 seorang melibatkan jumlah keseluruhan RM 563.715 juta.
Untuk pemberian fasa kedua, katanya, sebanyak RM 5,000 lagi akan diagihkan kepada isteri peneroka sebagai mengiktiraf peranan yang diberikan oleh golongan tersebut.
Bagi fasa ketiga pula, menurutnya, sebanyak RM 5,000 lagi akan diberikan kepada generasi kedua FELDA bagi membolehkan bukan sahaja suami malah …

Share

Exclusive »

[8 May 2012 | No Comment | 105 views]
Tukar Terima RM31 Juta Lagi

Dana tambahan transformasi kedai runcit diagih koperasi terpilih
Program Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR menerima dana tambahan khas sebanyak RM31 juta daripada Kerajaan tahun ini yang akan diagihkan menerusi koperasi terpilih di seluruh negara.,
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia adalah tambahan daripada dana sedia ada sebanyak RM50juta yang diagihkan oleh Bank Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan yang disalurkan untuk program itu kepada RM81 juta tahun ini.
Katanya, dana tambahan itu akan diagihkan mengikut komposisi kaum dalam negara menerusi koperasi yang dipilih oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).
“Dengan tambahan dana ini, saya yakin kita mampu mencapai atau melebihi sasaran ditetapkan iaitu mentransformasikan 500 kedai …

Share

Announcement »

[8 May 2012 | No Comment | 100 views]
RM400j Bantu 40,000 Peniaga

KUALA LUMPUR 7 Mei – Tekun Nasional mahu mengagihkan sejumlah RM400 juta pinjaman kepada 40,000 orang usahawan pada tahun ini.
Ia menyaksikan peningkatan daripada RM311.74 juta yang diluluskan kepada 34,510 orang usahawan pada tahun lalu.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, bagi suku pertama tahun ini, Tekun telah meluluskan RM159.35 juta pinjaman bagi 12,886 orang usahawan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Seminar Integriti dan Tadbir Urus yang bertemakan Integriti, Kecekapan dan Keutamaan Pelanggan.
Seminar itu disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, yang turut melancarkan proses kelulusan pinjaman baru yang hanya mengambil masa 21 hari berbanding 45 hari sebelum ini.
Entiti itu dikenali sebagai Yayasan …

Share

Headlines »

[8 May 2012 | No Comment | 143 views]
Durian Runtuh FELDA

Jerantut: Hari ini peneroka FELDA akan menerima berita gembira mengenai jumlah ‘durian runtuh’ yang dijanjikan kerajaan sebagai tanda penghargaan kepada mereka mengusahakan ladang sawit dan geth sejak 56 tahun lalu.
Difahamkan, jumlah yang bakal diterima 112,635 peneroka berlipat kali ganda lebih tinggi daripada wang Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menyamai kadar menunaikan umrah di Makkah sebanyak dua kali.
Ia akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan lebih 30,000 warga FELDA dari seluruh negara sempena perhimpunan raksasa warga FELDA, di FELDA Jengka 8, di sini pagi ini.
Pemberian durian runtuh secara tunai itu bagi memenuhi janji Kerajaan ketika pemgumuman Bajet 2012 dan sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di …

Share