Aduan Rakyat

Hantar Aduan kepada kami.

Kenali Kami

Mengetahui lebih lanjut mengenai Barisan Nasional.

Fakta

Pelbagai informasi terkini.

Sukarelawan

Sertai perjuangan Barisan Nasional.

Cenderahati

Barangan Barisan Nasional

 

DAHULU

Sejarah Barisan Nasional (BN) bertitik-tolak dari penubuhan Malayan Union oleh British yang menyumbang kepada terbentuknya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) oleh Dato’ Onn Jaafar pada tahun 1946.

Susulan sejarah merintis bangsa dan membangun negara diperbutirkan di bawah mengikut turutan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama hingga Kelima:


TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
1957 - 1970

Pada tahun 1946, British telah menubuhkan Malayan Union. Ia telah mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk tempatan.

Rentetan daripada itu, Dato's Onn Jaafar telah menubuhkan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru untuk menyemarakkan perjuangan kemerdekaan.

Sementara pada Ogos 1946, MIC (Malaysian Indian Congress) pula ditubuhkan untuk menjaga kebajikan kaum India yang berada di Tanah Melayu.

Pada 27 Februari 1949, MCA (Malaysian Chinese Association) ditubuhkan untuk merapatkan hubungan antara kaum Cina di Tanah Melayu.

Pada tahun 1952, Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah berlangsung. UMNO, MCA dan MIC telah menjalinkan kerjasama politik dikenali sebagai Parti Perikatan untuk bertanding dalam pilihanraya seterusnya.

Pada tahun 1955, Pilihanraya Umum Pertama diadakan dan Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi. Tunku Abdul Rahman menjadi Menteri Besar Pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Pada tahun 1956, Rundingan kemerdekaan diadakan di London diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

Berkat perpaduan ini akhirnya, Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman telah berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 dengan hasil diplomasi dan rundingan tanpa sebarang pertumpahan darah.

Namun tidak dinafikan, setiap negara akan berdepan dengan cabaran, walaupun ia pahit tetapi tetap jua perlu ditelan, ketika pasca-merdeka telah berlaku tragedi 13 Mei 1969, masalah perpecahan kaum terjadi. Punca peristiwa ini berlaku adalah kerana budaya berpolitik yang melampau yang sering mengapi-apikan isu perkauman.

Hakikatnya masalah ini berpunca dari jurang ekonomi yang berbeza antara bumiputera dan bukan bumiputera. Oleh itu, sebagai pemerintah yang bertanggungjawab, kerajaan telah mengambil langkah bijak untuk menyelesaikan masalah ini melalui pendekatan ekonomi.

TUN ABDUL RAZAK
1970-1976

Lantas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digagaskan untuk menstrukturkan semula pengagihan ekonomi secara adil dan membasmi kemiskinan masyarakat bumiputra. DEB menjadi penawar kepada masalah jurang ekonomi antara kaum.

Melalui dasar ini, rakyat telah menerima bantuan subsidi dari kerajaan, benih dan baja pertanian dan pelbagai insentif lain yang telah berjaya menambah pendapatan rakyat.

Selain bidang ekonomi sebagai usaha merapatkan hubungan perpaduan, kerajaan juga telah memperkenalkan Rukun Negara sebagai pegangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Pada tanggal 1 Julai 1974, tercatat dalam sejarah apabila Parti Perikatan telah bergabung dengan beberapa parti lain yang membentuk nama baru iaitu Barisan Nasional yang terdiri daripada 13 parti komponen sebagai usaha memperkasa kestabilan politik negara.

TUN HUSSIEN ONN
1976-1981

Bagi menjamin keamanan negara, kerajaan Barisan Nasional telah berjaya memerangi saki-baki komunis di segenap pelusuk tanah air bagi memastikan rakyat hidup dalam keadaan harmoni.

Selain itu, Kerajaan Barisan Nasional telah meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional bagi menggalakkan pelaburan dan tabungan ekonomi masyarakat.

Sebagai parti berasaskan kaum, kerajaan Barisan Nasional telah memperkenalkan program Rukun Tetangga di setiap kampung dan kawasan perumahan bagi menggalakkan komuniti masyarakat majmuk di akar umbi bersatu-padu dalam usaha menjaga keselamatan awam dari masalah sosial.

TUN MAHATHIR
1981-2003

Dalam persaingan dunia sains dan teknologi, kerajaan Barisan Nasional telah merintis pengeluaran kereta nasional dengan penubuhan syarikat PROTON pada tahun 1985 yang mencatat sejarah negara.

Seterusnya Malaysia dari sebuah negara membangun meletakkan cita-cita besar untuk menjadi sebuah negara maju maka kerajaan Barisan Nasional merencana Wawasan 2020 dalam usaha pembentukan sebuah Bangsa Malaysia.

Namun, pada tahun 1997, rakyat telah berdepan dengan kegawatan ekonomi lantas kerajaan Barisan Nasional telah berjaya bertahan dan mengeluarkan masyarakat dari masalah ini dengan berhikmah.

Seterusnya, Kerajaan Barisan Nasional telah memenuhi kehendak globalisasi dengan membangunkan Multimedia Super Coridor (MSC) dalam melahirkan sebuah masyarakat IT.

Dari tahun 1981 hingga 2003 di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad, kerajaan Barisan Nasional telah berjaya mempertahankan 2/3 kemenangan dan membentuk kerajaan pemerintah yang stabil dan aman.

Bagi mencapai status negara maju, Kerajaan Barisan Nasional telah rancak membina pembangunan fizikal seperti Menara Kuala Lumpur, KLCC dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang sistematik.

TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
2003-2009

Setelah penumpuan kepada pembangunan fizikal, kerajaan Barisan Nasional telah menumpukan pula kepada pembangunan modal insan yang seimbang dalam melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan Barisan Nasional telah memperkenalkan sistem pendidikan percuma kepada pelajar bagi meringankan beban ekonomi keluarga.

Pada tahun 2004 PRU ke 11, kerajaan Barisan Nasional telah mencatat sejarah besar apabila berjaya menang besar dengan memperolehi 198 kerusi daripada 219 kerusi yang dipertandingkan.

Bagi membangunkan pula ekonomi negeri secara seimbang, Kerajaan Barisan Nasional telah melancarkan Koridor Ekonomi di enam wilayah dalam usaha membangunkan hasil negeri secara adil dan saksama.

Seterusnya, Tarikh 10 Oktober 2007 mencatat sejarah apabila wakil Malaysia berjaya menerobos ruang angkasa lepas. Kerajaan Barisan Nasional telah menghantar angkasawan negara Dr Sheikh Muzaffar Shukor sebagai usaha merintis penglibatan negara dalam bidang aeroangkasa.

Namun pada tahun 2008, telah berlaku tsunami politik apabila Barisan Nasional gagal memenangi 2/3 majoriti dan tumpas di lima buah negeri kepada Pembangkang. Barisan Nasional hanya memenangi 140 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.

Punca tsunami politik ini adalah daripada masalah ekonomi dan kenaikkan harga minyak yang membebani rakyat. Selain itu, rakyat juga dilihat seperti menuntut perubahan dan pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara.


Pencapaian 50 tahun Barisan Nasional

  • 3.8% Malaysian poverty rate in 2009 v. 49.3% in 1970
  • 5.1% Bumiputera poverty rate in 2007 v. 64.8% in 1970
  • 10th place in IMD ranking for competitiveness v. 28th place in 2001
  • 74.4 years life expectancy in 2008 v 53.9 years in 1960
  • 324% increase in income for bottom 40% households (by income) between 1980 to 2008
  • 13 years of consecutive trade surpluses since Nov 1997
  • 3.2% unemployment rate in 2007 v. 5.8% in 1984
  • 32.1% enrolment rate in tertiary education v 4.1% in 1980
  • 0.441 Gini coefficient (income inequality) – improved from 0.513 in 1970
  • 50.3% urban population in 2009 v. 32.8% in 1960