Aduan Rakyat

Hantar Aduan kepada kami.

Kenali Kami

Mengetahui lebih lanjut mengenai Barisan Nasional.

Fakta

Pelbagai informasi terkini.

Sukarelawan

Sertai perjuangan Barisan Nasional.

Cenderahati

Barangan Barisan Nasional

 

NKRA Mengurangkan Jenayah

Malaysia tidak unik dalam menghadapi risiko kadar jenayah dunia yang meningkat setiap tahun.

Jesturu, dalam misi untuk menurunkan indeks jenayah negara dan pada masa yang sama menyelimuti rakyat dengan rasa selamat, kerajaan Barisan Nasional telah meletakkan keselamatan negara di paras tertinggi melalui National Key Result Areas (NKRA) Mengurangkan Jenayah.

NKRA Mengurangkan Jenayah telah mengadaptasi perpesktif baru untuk mencergaskan semula sistem keadilan jenayah dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam menangani jenayah. Matlamat dan ringkasan NKRA Mengurangkan Jenayah telah dihuraikan secara terperinci melalui klip video ini:

Diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri, NKRA Mengurangkan Jenayah tertumpu kepada setiap aspek memerangi jenayah bermula dari peringkat pencegahan, pengesanan awal, tangkapan, perbicaraan mahkamah, sistem penjara dan proses pemulihan.

Pada masa yang sama, NRKA Mengurangkan Jenayah turut tersasar kepada inisiatif untuk menambah baik persepsi masyarakat dan meningkatkan mutu perkhidmatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, NKRA Mengurangkan Jenayah telah memberi fokus untuk merancang, menyedia, menyelaras dan memantau 55 inisiatif yang telah dikesan oleh makmal NKRA.

Secara amnya, NRKA Mengurangkan Jenayah telah melangkaui jangkaan yang dirangka dalam Government Transformation Program (GTP) apabila kadar jenayah negara jatuh mendadak, kes-kes jenayah ganas dapat diselesaikan dengan cepat, balai-balai polis diberi pemeringkatan dari segi kualiti dan lebih banyak anggota polis telah dimobilisasikan untuk berkhidmat dalam masyarakat.

Pada tahun 2011, NKRA Mengurangkan Jenayah terus memberi fokus kepada usaha lima NKPI 2010 sedia ada:

Pengurangan Indeks Jenayah sebanyak 5%

Indeks Jenayah terdiri daripada 14 kategori jenayah serius yang kerap berlaku dan berfungsi sebagai indeks utama kepada jumlah jenayah keseluruhan di Malaysia.

Keutamaan diberikan kepada usaha menangani jenayah kritikal seperti kecurian kenderaan yang menyumbang sebanyak 43.55% daripada keseluruhan Indeks Jenayah (khususnya perongkahan semula alat ganti dan penyeludupan merentas sempadan).

Inisiatif sedia ada seperti rampasan dan tangkapan menerusi operasi polis nasional, pengawasan secara rahsia dan penggunaan perangkap telah dikemaskini dan disusun semula untuk meningkatkan keberkesanan PDRM dalam membanteras jenayah.

Manakala pada tahun 2011 pula, sebanyak 1,100 alat peranti MCAD telah diperkenalkan untuk membolehkan semakan pendaftaran kenderaan dikendalikan melalui talian. Pada masa yang sama sebuah bengkel untuk merumus strategi dalam menangani kecurian kenderaan turut dilancarkan.

Pengurangan Jenayah Jalanan sebanyak 40%

Untuk merealisasikan sasaran ini beberapa program utama telah dilancarkan – termasuk tetapi tidak terhad kepada – Program Omnipresence, perluasan Program Bandar Selamat dalam 151 PBT, Program Penambahbaikan Penjara, pembinaan 10 buah Klinik Pulih dan Prihatin untuk penagih dadah dan menyelaras 39 buah Pusat Perkhidmatan Pulih dan Prihatin.

Pengurangan perasaan takut menjadi mangsa jenayah kepada 50%

Perasaan takut atau tergugat biasa membawa kesan melemahkan dalam mana-mana masyarakat. Jesteru menangani dan mengimbangi perasaan takut menjadi mangsa jenayah adalah amat penting. Dalam mencapai pengurangan sebanyak 50% perasaan takut menjadi mangsa jenayah, Research International (TNS) telah ditugaskan untuk menjalankan kaji selidik untuk memantau sentimen takut orang ramai.

20% kes tangkapan dihadapkan ke muka pengadilan

Seiring dengan matlamat untuk mengurangkan kadar Indeks Jenayah dan Jenayah Jalanan, beberapa inisiatif baru untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan turut diperkenalkan.

Pada tahun 2011, sistem pembanterasan jenayah telah diberi nafas baru dengan tenaga kerja dan teknik-teknik pengumpulan bukti yang lebih berkesan.

Peningkatan kepuasan orang ramai terhadap prestasi polis sebanyak 60%

NKPI ini telah dibentuk untuk mengukur persepsi masyarakat terhadap mutu perkhidmatan PDRM.

Beberapa inisiatif telah diambil termasuk Kaedah Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan (Customer Service Rating – CSR) di balai polis, langkah kepolisan berprofil tinggi di lokasi strategik, perbincangan meja bulat dengan Badan Bukam Kerajaan (NGO) bersabit hal jenayah, Hari Bertemu Pelanggan, dan pelaksanaan Jadual Liga Balai.

Batu loncatan yang tercapai di bawah NKRA mengurangkan Jenayah turut mendapat pengiktirafan pihak kertiga berkecuali dari luar negara.

Indeks Keamanan Global (Global Peace Index) kelolaan Institut Ekonomi dan Keamanan yang berpengkalan di Sydney, Australia, telah menobat Malaysia sebagai negara paling aman di Asia Tenggara.

Global Peace Index (GPI) itu juga turut meletakkan negara di tangga keempat paling selamat di rantau Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Di mata dunia, Malaysia menduduki tempat ke-19 dalam carta negara paling selamat dan aman daripada 153 buah negara di dunia. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut Malaysia meraih peningkatan dalam penilaian GPI.

Kejayaan NKRA Mengurangkan Jenayah tidak boleh disangkal apabila National Key Performance Index (NKPI) dalam laporan tahun 2011 telah menunjukkan rajah seperti berikut: